Dapur Tanpa Sempadan...

Thursday, May 23, 2013

Mengidam!!!


~ Yang diidamkan ~
     Dah lame aku mencari-cari kuih tradisional ni. Aku tak sure kat tempat korang apa nama kuih ni tapi yang aku tau dari aku kecik nama kuih ni ialah PUTU PIRING. Aku ni sebenarnya bukanlah penggemar kuih ni pon..tapi kalau putu bambu, memang salah satu daripada kuih kegemaran aku! :) Pregnant kali ni tiba-tiba je tekak ni teringin nak makan kuih ni..yang aku tau kt area Pasar Keramat ni memang ada orang jual kat tepi jalan! Tapi nak dijadikan cerita..time aku mengandung ni plak, orang yang meniaga tu takde kt situ! Huhuhuu..haru2...try juga cari2 kat pasar malam area wangsamaju, jelatek & setiawangsa, tapi hampeh tak jumpa...huhuhuu...
     At last, dapat juga aku makan..tu pun kat Melaka Bandaraya Bersejarah. Dan2 bila dah dapat makan, member kat ofis pulak bagitau ada jual kat area Giant Taman Permata ni hah...huhuhu...takpe2, akan ku ajak suami tercenta pergi carik nanti! Hehehehehe..yg beli kt melaka hari tu rasanya 'oklah'...janji dapat! :) Minta-mintalah yg jual kat area Taman Permata tu nanti sedap, kan? Kalau kat Melaka memang senang nak dapat kuih ni...
      Bahan-bahan yang digunakan untuk hasilkan kuih ni aku tak berapa sure, tapi dengan bantuan pakcik google aku dapat tau antara bahannya ialah tepung beras & yang pasti intinya ialah gula melaka. Kuih ni memang sedap kalau dimakan panas-panas! Kalau dah sejuk..hilanglah originality nye. :)

What so special on 13th May???

As usual, it is my birthday!!! But this year tak sangka pula ada birthday surprise from my husband. Huhuhuhu...touching le pulok!! :) Alhamdulillah...walaupun ianya serba sederhana, but i'm really appreciate it, VERY MUCH! Thanx a lot, love. Actually that night my husband kena duty and I didn't expect any surprise from him. Then, suddenly at 8 p.m. he's back with a birthday cake. Hehehehe...my doters was very excited & happy with the surpises. :) I'm really touched! :)
~ Pistachio's Chocolate Cake ~

~ My birthday & mother's day cake! ~

Lempeng Pekak vs The Most Wanted Sambal Bilis Goreng!! :)


Di keheningan petang pada hari minggu yang sudah, aku mengotakan janji pada anak dara sulung yg makanan feveretnya ialah 'lempeng pekak'! Walaupun namanya kedengaran sangatlah tidak berapa elok, namun yang penting, RASANYA! :) Kalau nak lagi sodap, buatle Kopi O Panas!!! Perghh..kompem suami lalu kat belakang pun tak nampak! Hahahahaha...memangle tak nampak, kan? Lalu kat belakang, sape suruh! :) Meh layan gambaunya! Resipi sangat2 mudah...aku hanya campurkan tepung gandum, sedikit garam & bancuh je dgn air. Tapi pastikan bancuhan TIDAK TERLALU CAIR, ye puan2...saya masak dlm kuali je..kat bawah ni saya sertakan resipi yg menjadi rebutan ramai, gitu...hehehehe...resipi THE MOST WANTED SAMBAL GORENG BILIS! ;)


~ Lempeng Pekak vs The Most Wanted Sambal Bilis Goreng ~
 Bahan-bahan:-

Ikan bilis secukupnya
Bawang merah - 6/7 biji (saya suka tumbuk guna lesung batu)
Cili kisar secukupnya
Garam & perasa secukupnya
Minyak masak secukupnya (kalau boleh lebihkan sedikit drpd kuantiti cili kisar)

Cara-caranya:-

1.   Goreng ikan bilis hingga garing dan ketepikan.
2.   Goreng bawang yg telah ditumbuk hingga kekuningan.
3.   Masukkan cili, garam & bahan perasa secukupnya dan kacau hingga cili jadi garing.
4.   Agak-agak cili dah agak nak garing, masukkan ikan bilis yang telah digoreng tadi.
5.   Kacau hingga sambal jadi garing.

*Sambal bilis goreng ni makan dgn roti pon sodaaappp!!! Rugi kalau tak cuba! :)

~ SeRonoKnyeeee!!! ~

Seronok je aku baca blog kwn2 yg berhijrah ke luar negara ni. Rajin2 & kreatif2 semuanya! Kalau tgk mrk shoot gambau pun kemain lawa lagi! Huhuhuhu..aku ni belum tahap pro mcm merekalah! Amik gambau pun takat guna kamera kt handphone je...huhuhuhu...handphone cokia lak tu! Tapi xpe...at least, ade gak gambaunye, kan? Kalau rajin aku edit, tak rajin aku masukkan gitu je.. :)

Aku teringin juga nak tambah koleksi kwn2 blog ni..kawan2 gitu jele..aku ni idakle pandai & rajin sgt memasak...semuanya buat ikut mood! Nak2 lagi time pregnant skang ni...mood memasak lagi hampeh! Semuanya ke laut, weeehhhh!!! Tapi takpe, walaupun mood memasak ke laut, skang ni mood memasak dah mari pelan2 ni... :) Hopefully lps bersalin nanti mood memasak leh maintain mcm biasa! ;)

Wednesday, April 10, 2013

~ Ayam Masak Asam Pedas vs Udang Galah ~

~ Makanan seimbang ~
Dah lama sebenarnya teringin nak makan udang galah & nak cuba masak asam pedas ayam. Alhamdulillah akhirnya hajat di hati termakbul sudah. Udang galah memang mahal tapi disebabkan terlalu mengidam, akhirnya dibeli juga...walaupun hanya 4 ekor sahaja. Oklah tu, kongsi2 makan dengan suami & anak2...yg penting, hajat nak merasa udang galah tu termakbul juga. Menu yg simple & seimbang! Udang galah tu hanya digoreng sahaja & isinya sangat manis! Ayam pula aku cuba masak asam pedas letak terung. Disebabkan tekak orang melaka ni dah terbiasa makan asam pedas ikan, jadinya...bila cuba resipi ayam masak asam pedas ni...agak pelik pula rasanya! Mungkin tersalah bahan2 rempahnya kot! :)

Tapi takpe..bak kata pepatah, gagal sekali bukan bermakna gagal selama-lamanya, kan? Hehehehe...lepas ni boleh cuba perbaiki kelemahan lagi.

Monday, April 8, 2013

Spaghetti Goreng!!!


Alhamdulillah...percubaan yg sukses!!! Resipi ni aku ambil dari CMG!!! So far resipi2 yg aku ambil dri CMG mmg menjadi. Jadi, lepas ni bolehlah selalu menggoreng spaghetti daripada mee kuning tu. Lagi pun mee kuning ni byk juga mudaratnya, kan? Cuma resipi ni aku ubah sikit je..aku tak guna sambal tumis mcm yg CMG guna tu & aku gantikan dgn cili boh! Tak tahulah kalau guna sambal tumis tu rasanya lain atau tak? :)

Walau apa pun, anak2 aku makan dengan seleranya! Penambahbaikan yg perlu aku buat ialah, tambahkan lagi perencahnya seperti isi ayam/daging/makanan laut yg lain, kan? Om nom, nom....Kalau nak resipi boleh je tgk kat sini http://www.tiffinbiru.com atau google je Dapur Tanpa Sempadan, kompem jumpa punyelah! Terima kasih banyak2 ye CMG!

Tuesday, March 19, 2013

We Are Family!!!


Inilah buah hati hamba...buah hati, pengarang jantung di kala duka & lara. Tanpa mereka, memang tak lengkap kehidupanku di dunia ini. InsyaAllah, semoga jodohku & suami berkekalan hingga ke hujung nyawa hendaknya..amin. Semoga anak2ku menjadi anak2 yg solehah &berjaya sama ada di dunia mahupun di akhirat kelak, insyaAllah...amin.

Tetiba je mood nk menghupdate blog suda mariiii!!!! hihihihiih...layanzzzz!!! :)

Monday, March 18, 2013

PRAY FOR SABAH

Setelah sekian lama menyepikan diri dalam arena blogger ni, hari ni tetiba je merasa terpanggil lak nak menaip kt dlm blog sendiri!!! Hihihii..sib baik masih ingat lagi passwordnye! :) Isu kali ini dah tentulah tentang pencerobohan pengganas kat Sabah Bumi Dibawah Bayu tu...sangat2 sedih dengan peristiwa yang berlaku sekarang. Secara tak langsungnya, semangat patriotik aku pun turut samalah berapi-api..cuma, aku hanyalah seorang wanita biasa yang tak mampu memegang senjata api untuk turut sama memerangi pengganas-pengganas di sana. Apa yang aku mampu hanyalah kutitipkan DOA semoga semua pasukan keselamatan Malaysia serta penduduk Sabah sentiasa dilindungi oleh ALLAH. Kepada perajurit kita sama ada PDRM mahupun ATM yang telah terkorban, ku doakan semoga roh mereka dicucuri rahmat & ditempatkan di kalangan para syuhada'...AMIN.


~ Gambar ihsan dari myMetro ~

Setiap kali berita-berita terkini dipaparkan di media televisyen mengenai Op Daulat ni aku & suami pasti tak ketinggalan untuk mengetahui berita terkini tentang nasib pejuang-pejuang kedaulatan Malaysia yang berada di sana. Alhamdulillah, dengarnya suasana semakin aman. Setiap kali usai solat, aku tidak putus-putus mendoakan semoga pengganas yang berada di Sabah dapat ditumpaskan & tiada lagi korban nyawa daripada pasukan-pasukan keselamatan yang berada di sana.


~ Terima kasih En. Google ~

Airmata ini tidak henti-henti mengalir tiap kali mendengar atau membaca berita mengenai pasukan keselamatan Malaysia yang telah terkorban. Sudahlah bersedih dengan berita kematian insan-insan yang tersayang, dicemuh pula oleh segilintir masyarakat yang kolot pemikirannya. Terlalu taksub dengan dakyah politiknya hingga mengenepikan nilai-nilai kemanusiaan yang ada dalam diri masing-masing. Mereka tidak meminta pun perkara ini berlaku pada mereka! Tetapi semua ini adalah ketetapan oleh ALLAH! Semua ini Qada' & Qadar dariNYA jua. Siapalah kita untuk menolak semua ketentuan ini? Wallahualam...marilah kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah kepada perajurit kita yang telah terkorban untuk mempertahankan agama, bangsa & negaranya, insyaAllah...amin.