Dapur Tanpa Sempadan...

Wednesday, February 8, 2012

Kebesaran ALLAH...Alhamdulillah!!!

Sudah agak lama aku x update blog aku ni! Bukan x ada masa, tpi time ada masa terluang tu xleh nk login langsong! Huhuhu..akhirnya, aku pendamkan sahaja hasrat utk update blog comelku ini...hehehhe.

Berbalik kpd tajuk cite kali ni, sesungguhnya aku sgt2 bersyukur ke hadrat Ilahi kerana masih mengizinkan kami sekeluarga utk meneruskan hidup menumpang di atas muka bumiNYA ini. Masih bernafas & sihat walafiat. Terima kasih ALLAH kerana memanjangkan usia suami & anak2ku..amin.

KebesaranNYA memang tidak terhingga!! Kali kedua ALLAH menyelamatkan anakku, Nur Umairah. Bayiku itu amat istimewa!! Terlalu istimewa! Kenapa aku berkata demikian? Sebab last saturday on 4th feb 2012 anak aku jatuh tangga...aku & hasben sgt2 terperanjat tapi sgt2 bersyukur krn para malaikat melindungi anakku yg berusia 1 tahun 4 bulan itu. Syukur YA ALLAH...mula2 tu mmg aku rasa marah dgn kakak2nya sbb aku & hasben minta mereka utk tengok2kan adiknya. Maklumlah, aku dgn hasben nak teruskan kerja2 rumah..aku sidai pakaian & hasben tlg bersihkan rumah! Jadi anak2 kami benarkan bermain di luar rumah. Moral of the story, jgn terlalu percayakan anak2 yg masih mentah utk pikul beban yg x termampu utk mereka pikul!

Yelah, budak pada umur 6 & 7 tahun sudah semestinya sgt2 seronok bermain daripada menjaga adik mereka, kn? Tapi anakku yg sulung menangis sedih & ketakutan atas apa yg berlaku pd adiknya itu. Tapi aku & hasben x tahu apa tindakan seterusnya yg perlu kami lakukan. Kami tidak membawanya ke hospital krn setelah lihat dari luaran & pemerhatian selama beberapa hri sejak kejadian itu Nur Umairah kelihatan sgt ceria bermain seperti biasa.

YA ALLAH, jika benar ini 1 lgi dugaan dariMU...aku redha!!! Alhamdulillah...Namun, aku pohon dariMu moga tiada apa yg serius & lebih teruk dari ini lagi selepas ini, YA ALLAH. Aku sudah tidak mampu utk menghadapinya lagi. KAU lindungilah kami sekeluarga dari segala malapetaka & bencana, terutamanya suami & anak2ku. Amin Ya Rabbal Alamin....

No comments:

Post a Comment