Dapur Tanpa Sempadan...

Wednesday, April 10, 2013

~ Ayam Masak Asam Pedas vs Udang Galah ~

~ Makanan seimbang ~
Dah lama sebenarnya teringin nak makan udang galah & nak cuba masak asam pedas ayam. Alhamdulillah akhirnya hajat di hati termakbul sudah. Udang galah memang mahal tapi disebabkan terlalu mengidam, akhirnya dibeli juga...walaupun hanya 4 ekor sahaja. Oklah tu, kongsi2 makan dengan suami & anak2...yg penting, hajat nak merasa udang galah tu termakbul juga. Menu yg simple & seimbang! Udang galah tu hanya digoreng sahaja & isinya sangat manis! Ayam pula aku cuba masak asam pedas letak terung. Disebabkan tekak orang melaka ni dah terbiasa makan asam pedas ikan, jadinya...bila cuba resipi ayam masak asam pedas ni...agak pelik pula rasanya! Mungkin tersalah bahan2 rempahnya kot! :)

Tapi takpe..bak kata pepatah, gagal sekali bukan bermakna gagal selama-lamanya, kan? Hehehehe...lepas ni boleh cuba perbaiki kelemahan lagi.

Monday, April 8, 2013

Spaghetti Goreng!!!


Alhamdulillah...percubaan yg sukses!!! Resipi ni aku ambil dari CMG!!! So far resipi2 yg aku ambil dri CMG mmg menjadi. Jadi, lepas ni bolehlah selalu menggoreng spaghetti daripada mee kuning tu. Lagi pun mee kuning ni byk juga mudaratnya, kan? Cuma resipi ni aku ubah sikit je..aku tak guna sambal tumis mcm yg CMG guna tu & aku gantikan dgn cili boh! Tak tahulah kalau guna sambal tumis tu rasanya lain atau tak? :)

Walau apa pun, anak2 aku makan dengan seleranya! Penambahbaikan yg perlu aku buat ialah, tambahkan lagi perencahnya seperti isi ayam/daging/makanan laut yg lain, kan? Om nom, nom....Kalau nak resipi boleh je tgk kat sini http://www.tiffinbiru.com atau google je Dapur Tanpa Sempadan, kompem jumpa punyelah! Terima kasih banyak2 ye CMG!